Pagi tadi selepas menghadiri lawatan tapak di USM, dan makan sushi di Queensbay Mall, saya dan anak-anak pergi ke kedai akuarium. Faqihah pula nakkan ayam piru atau belanda selepas semalam saya beli sepasang anak itik angsa.
Terdapat dua sangkar anak arnab Mix Anggora dan satu sangkar Lop Ear. Saya memang lama menginginkan Lop Ear, jadi saya beli sepasang anak Lop Ear seperti gambar yang dibawah. Ada seekor betina yang cantik berwarna kelabu tetapi bila saya periksa, punggungnya agak kotor. Jadi saya tidak mahu mengambil risiko terbeli arnab yang agak mahal ini yang mungkin mengalami cirit-birit. Kami belum namakan mereka lagi. Saya harap mereka membesar dengan sihat dan produktif.
5 tahun yang lalu
Lawa lop ear bunny...
BalasPadamsesungguhnya ingin ku milikinya sepasang...
BalasPadamjauh tu nak kesana... emph.. memang kadang impian tu menghadkan apa yang kita inginkan..
BalasPadam