InsyaAllah, minggu depan kuranglah kesibukan projek dan saya akan mula membuat reban tambahan untuk bakal2 ibu arnab yang banyak ini. Rak tiga tingkat diperbuat dari besi dari Y20 telahpun disiapkan oleh pekerja (anak sulung dan geng2nya) minggu lepas. Tinggal siapkan sel dari jaring 1/2" x 1/2" sahaja. Itu kena sentuhan tangan saya sendiri. Rak ini boleh memuatkan sebanyak 36 sel. Kali ini saya gunakan jaring yg lebih kasar dari dulu (lupa pulak G berapa). Jaring yg digunakan sebelum ini hanya mampu bertahan selama setahun sahaja. Ianya dah mula berkarat dan koyak dikerjakan arnab. Sistem paip berputing juga akan dibuat setelah sel siap. Setelah reban ini siap, saya akan baiki dengan mengganti kesemua dawai reban kelompok dan reban kayu terdahulu.
5 tahun yang lalu
salam,
BalasPadamkt mana leh dpt ye sistem paip berputing ni?saya tanya kedai hardware xde jual la
Kalau nak sikit boleh beli kat saya. Sy beli byk2 dari Pak Omar Riverstone.
BalasPadamharga macam mana kira?
BalasPadamBukalah blog Riverstone. ada harganya.
BalasPadam