Sabtu, Mac 12, 2011

Perubahan No Telefon Arnab Zamrud.

Telefon lama saya sudah rosak. Alang-alang beli telefon baru, suami belikan saya BlackBerrry dan dapatkan terus pakej internet tanpa had. Atas alasan-alasan yang tidak dapat dielakkan, nombor lama tidak dapat di"port-in" ke pengendali telco baru. Maka selepas ini, saya boleh dihubungi di 0164407701.

Khamis, Januari 06, 2011

Lama tak update blog. Sibuk dgn projek Celcom, tender, kertas kerja akaun akhir projek UiTM dan makan angin ke Bandung dan Jakarta.

InsyaAllah, minggu depan kuranglah kesibukan projek dan saya akan mula membuat reban tambahan untuk bakal2 ibu arnab yang banyak ini. Rak tiga tingkat diperbuat dari besi dari Y20 telahpun disiapkan oleh pekerja (anak sulung dan geng2nya) minggu lepas. Tinggal siapkan sel dari jaring 1/2" x 1/2" sahaja. Itu kena sentuhan tangan saya sendiri. Rak ini boleh memuatkan sebanyak 36 sel. Kali ini saya gunakan jaring yg lebih kasar dari dulu (lupa pulak G berapa). Jaring yg digunakan sebelum ini hanya mampu bertahan selama setahun sahaja. Ianya dah mula berkarat dan koyak dikerjakan arnab. Sistem paip berputing juga akan dibuat setelah sel siap. Setelah reban ini siap, saya akan baiki dengan mengganti kesemua dawai reban kelompok dan reban kayu terdahulu.