Khamis, Ogos 30, 2012

Kunci dijumpai semula...

Wah, lama sungguh saya tak buat catatan baru dlm blog ini. Sibuk. Bila agak lapang, nak sign in terlupa pulak guna alamat emel yg mana. Dah ingat akaun yg mana, terlupa pula katakuncinya. Alhamdullillah selepas dekat sejam mengodek2 dapat juga masuk semula blog ini.

Apa perkembangan terbaru TAZ?

TAZ masih berjalan seperti biasa. Jualan anak arnab agak kurang sekarang. Tetapi, Alhamdullillah, TAZ dapat pesanan daging yg agak besar. Jadi sekarang TAZ sedang dalam proses memperbesarkan lagi kandang arnab pedaging. Kali ini TAZ cuba merekabentuk sangkar dari expanded metal. Jaring yg digunakan sebelum ini tidak berapa kuat dan bila dibuat perbandingan kos bahan adalah lebih murah guna expanded metal berbanding guna jaring. Jadi sebaik sahaja, 2 tapak projek telekomunikasi saya siap, dijangka minggu hadapan, pengimpalan sangkar baru akan dimulakan.

Salam Aidil Fitri. Maaf Zahir Batin.