Ini gambar terbaru anak-anak Qistina. Kesemuanya berbulu warna putih seperti Qistina dan bapanya Bandi si New Zealand White. Qistina nampaknya sayangkan dan menjaga anak-anaknya dengan baik.
5 tahun yang lalu
Empat ekor berwarna merah dan seekor berwarna kelabu. Saya ingat nak tambahkan kertas suratkhabar yang telah dicarik-carik kedalam kotak sarang tapi Qistina pula mula memakan kertas-kertas tersebut. Saya kutip balik dan buang. Saya rasa bulunya sudah cukup untuk memanaskan anak-anaknya. Harap anak-anak ini akan membesar sihat dan comel.
Leo. Sempena Lionhead, kepunyaan Azrul, tinggal di sel 1-2 bersama-sama Boo, sempena panggilan kawan perempuan Amir. Boo adalah arnab kepunyaannya.
Rossa. Anak Lionhead betina kepunyaan Fatini. Sempena jambulnya yang tinggi seperti tanduk rusa. Kecantikan Rossa semakin hari semakin menyerlah. Bulunya berubah warna dari warna hitam keseluruhannya kepada kelabu di jambang dan jambulnya. Rossa tinggal di sel 1-3.
Bonia. Sempena beg tangan Bonia. haha. Betina. Tinggal di sel 1-5.
Beyonce. Sempena bulunya yang coklat seperti kulit penyanyi terkenal tu.. Betina. Tinggal di sel 1-6.
Slyvia. Sempena bulunya berwarna perak atau silver. Betina. Tinggal di sel 1-7.
Bandi. Sempena seorang pahlawan di Indonesia. Diberinama oleh Jaswadi, pekerja Indonesia saya. Jantan. Tinggal di sel 1-8.
Qistina. Sempena SpaQ. haha. Betina. Tinggal di sel 1-9. Qistina sedang bunting. Jadi dia tinggal di wad bersalin.
Yuri. Sempena angkasawan. Anggora jantan. Tinggal di sel 2-3.
Angie. Sempena Anggora betina. Tinggal di sel 2-4.
Elvis. Sempena jambulnya yang macho seperti sideburn penyanyi legenda itu. Lionhead jantan. Tinggal di sel 2-5.