Ahad, September 26, 2010

Reban Baru

Lama tak kemaskini blog. Ini bukanlah bermakna, TAZ tidak beroperasi pula. Pemilik TAZ sibuk dengan pelbagai urusan ladang dan projek menara telekomunikasi. Juga sibuk merebut peluang keemasan dan ganjaran berganda yang ditawarkan dalam bulan Ramadhan yang baru berlalu.


Selama TAZ menyepi dari alam blog, terdapat hampir 50 kelahiran dengan jumlah anak melangkaui 220 ekor anak. Tetapi kadar kematian anak juga tinggi iaitu hampir 40%. Ditambah dengan kemeriahan dentuman mercun yang mengalahkan alteri tentera, kadar kematian meningkat hingga 50%. Saya harap kadar kematian akan turun dengan drastik pada bulan ini. Hampir kesemua induk telahpun dikahwinkan dan dijangka dalam masa kurang sebulan lagi, lebih 200 ekor anak lagi akan dilahirkan.


Diharapkan para peminat arnab akan berkunjung ke TAZ kerana terdapat banyak anak arnab yang telah melepasi tahap penyusuan. Jemput datang semua.


Bersama-sama ini saya sertakan gambar reban baru yang saya janjikan pada posting yang lepas.