Ahad, September 26, 2010

Reban Baru

Lama tak kemaskini blog. Ini bukanlah bermakna, TAZ tidak beroperasi pula. Pemilik TAZ sibuk dengan pelbagai urusan ladang dan projek menara telekomunikasi. Juga sibuk merebut peluang keemasan dan ganjaran berganda yang ditawarkan dalam bulan Ramadhan yang baru berlalu.


Selama TAZ menyepi dari alam blog, terdapat hampir 50 kelahiran dengan jumlah anak melangkaui 220 ekor anak. Tetapi kadar kematian anak juga tinggi iaitu hampir 40%. Ditambah dengan kemeriahan dentuman mercun yang mengalahkan alteri tentera, kadar kematian meningkat hingga 50%. Saya harap kadar kematian akan turun dengan drastik pada bulan ini. Hampir kesemua induk telahpun dikahwinkan dan dijangka dalam masa kurang sebulan lagi, lebih 200 ekor anak lagi akan dilahirkan.


Diharapkan para peminat arnab akan berkunjung ke TAZ kerana terdapat banyak anak arnab yang telah melepasi tahap penyusuan. Jemput datang semua.


Bersama-sama ini saya sertakan gambar reban baru yang saya janjikan pada posting yang lepas.

2 ulasan:

  1. Apa pandangan puan tentang harga arnab pets dan pedaging yg terlalu murah yg dijual oleh seans zachary dr salor kelantan dalam MUDAH.com.

    saya rasa perbuatannya boleh menyebabkan penternak arnab di malaysia gulung tikar.terutama penternak arnab daging yg diusahakan oleh kaum bumiputera. Walaupun semua sudah tau yg arnab nya diambil dr siam dgn harga yg murah.tp ini blh menjejaskan kita semua. sikapnya yg pentingkan diri membawa padah kepada org lain.

    Apa yg perlu kita lakukan bg menstabilkan harga arnab dipasaran.?

    BalasPadam
  2. Kita kena sepakat jgn sampai merugikan kita. Harga2 saya bincang dgn kekwn sebelum jual. Kita bukan dpt dr Siam. Kalau nak, kita boleh report ke Jabatan Kastam dan Haiwan sbb sebenarnya bukan boleh bawa masuk arnab dr Siam tanpa dokumen yg rumit dan kuarantin yg lama. Kalau senang tu maknanya seluduplah tu...

    Kita kena bersatu. Nampaknya, sekarang kita mula diserang... pelletpun dah mula naik harga tidak berhenti...

    BalasPadam