Khamis, Julai 08, 2010

Penambahan reban arnab.

Minta maaf sebab lama tak kemaskini blog. Saya agak sibuk dengan kerja-kerja ubahsuai pejabat kawan, reunion dengan kawan sekolah menengah di Tapah dan kerja-kerja penambahan reban arnab. Saya tidak jadi membuat ladang di Kampung Tok Pedu tetapi akan ubah bengkel besi di belakang rumah saya ni sahaja memandangkan tiada pembantu yang boleh diharapkan untuk menjaga arnab sekiranya dibuat di Kampung Tok Pedu yang jauhnya lebih kurang setengah jam. Kawasan stor dan bengkel besi ini pun cukup besar untuk dibuat ladang arnab dan keselamatannya lebih terjamin. Oleh kerana saya punya banyak lebihan besi tetulang dari projek menara dan masjid tempohari, saya buat rak arnab dari besi tetulang Y16-Y25. Teramatlah kukuhnya dan jikalau dikira kosnya, teramatlah mahalnya. Tetapi memandangkan projek binaan pun masih tak nampak bayang, bahkan tender pun tidak ada untuk dibida, baik manfaatkan sahaja besi-besi tersebut. Kerja-kerja pengimpalan pun dibuat sendiri sahaja oleh suami saya. Nanti saya akan masukkan gambar reban tersebut...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan