Isnin, November 01, 2010

ARNAB PEDAGING (1) - Rencana dari Laman Web Jabatan Perkhidmatan Veterinar

ARNAB PEDAGING

PENTERNAKAN ARNAB PEDAGING SECARA KOMERSIAL

SISTEM PENGELUARAN

BAGAIMANA MENTERNAK ARNAB DAGING SECARA KOMERSIAL ?

Penternakan arnab daging secara komersial hendaklah meliputi dua bahagian utama yang saling berkaitan tetapi dalam sistem pengurusan yang berbeza sedikit iaitu:-

  • Unit pembiakan baka.

Penternakan untuk pembiakan baka adalah untuk menghasilkan baka-baka mengikut jurusan tertentu, dalam hal ini adalah jurusan pedaging, dan kumpulan ini dipangil stok induk. Dari stok lnduk ini pula melalui program pembiakan yang di tetapkan akan menghasilkan pula stok induk tuai.

  • Unit pengeluaran daging.

Kumpulan stok induk tuai tadi dengan melalui program pembiakan akan menghasilkan pula anak-anak. Semua anak-anak ini akan digemukkan dalam masa 2-3 bulan untuk mendapatkan dagingnya.
Penternakan arnab selain untuk pengeluaran daging juga digunakan untuk pengeluaran fur (kulit bersama bulunya) dan wol (bulu). Bagaimanapun cara pengurusan adalah belainan sedikit.

  • BAKA

APAKAH BAKA ARNAB YANG SESUAI DITERNAK UNTUK PENGELUARAN DAGING SECARA KOMERSIAL ?

Baka-baka yang sesuai untuk pengeluaran daging adalah seperti:

  • New Zealand White.
  • Californian.
  • Carolina.
  • New Simonare.
  • Sepanyol.

APAKAH PERBEZAAN ANTARA ARNAB BAKA IMPORT DAN BAKA TEMPATAN ?

Arnab tempatan mempunyai berbagai warna yang bertompok seluruh badan. Keistimewaan arnab tempatan ini adalah mempunyai lebih ketahanan terhadap serangan penyakit tetapi kadar tumbesarannya lambat. Untuk permulaan boleh juga menggunakan arnab tempatan. Tetapi untuk pengeluaran komersial adalah digalakkan menggunakan baka pedaging.

Pemilihan baka Pedaging biasanya diimport di atas adalah kerana berapa ciri pedaging yang ada pada arnab import lebih ketara berbanding pada arnab tempatan, seperti:

  • Purata bilangan anak peranakan 7-9 ekor.
  • Purata bilangan anak masa cerai susu 6-8 ekor.
  • Berat akhir boleh dicapai pada masa umur 2 bulan.
  • Berat dalam masa dua bulan adalah lebih kurang 2 kg.
  • Pusat jualan baka

DI MANAKAH BAKA-BAKA ARNAB BOLEH DIDAPATI DAN BERAPAKAH HARGANYA ?

Baka arnab jurusan pedaging ini adalah baka-baka arnab yang boleh dimport dari negara-negara seperti United Kingdom, German Barat, ltali dan Perancis.
Namun begitu, terdapat beberapa ladang di negara kita yang telah menjual baka-baka ini, dan harganya adalah lebih murah berbanding dengan import secara terus.

  • SAIZ EKONOMI

BERAPAKAH SAIZ EKONOMI PETERNAKAN ARNAB PEDAGING

  • Untuk hobi atau permulaan boleh menggunakan satu set iaitu satu pejantan (arnab jantan dewasa) dan 5 ekor induk (arnab betina dewasa)
  • Untuk secara sampingan pula boleh mulakan secara sederhana besar iaitu 50 induk dan 10 pejantan.
  • Untuk pengeluaran secara penuh masa bolehlah memulakan 500 induk dan 100 pejantan.
  • Pemilihan kawasan

APAKAH CIRI-CIRI PEMILIHAN KAWASAN YANG BAIK UNTUK MENTERNAK ARNAB PEDAGING ?

Beberapa ciri yang boleh dijadikan garis panduan dalam pemilihan sesuatu kawasan untuk menternak arnab seperti dibawah:

  • Berhampiran dengan pusat jualan dan pemprosesan.
  • Jauh dari kawasan industri, perbandaran, perumahan dan aktiviti ternakan/ ternakan lain.
  • Mempunyai kemudahan infrastruktur seperti jalan, bekalan letrik, dan sumber air yang bersih.
  • Peredaran udara yang balk dan memuaskan.
  • Dataran tanah membolehkan kedudukan panjang bangsal dibina secara selari dengan arah terbit/terbenam matahari. ...bersambung...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan