Ahad, Disember 13, 2009

Kawasan kepungan dan pondok teduhan.

Ini kawasan kepungan untuk anak-anak arnab yang dibuat di bawah tempat gantungan orkid. Arnab-arnab ini dilepaskan setiap pagi dan dimasukkan semula ke sel masing-masing sebelum maghrib. Dulu kawasan ini penuh dengan pokok ulam raja, kangkung, rumput sambar, mini Napier, bayam tanah, maman, dukung anak dan cekur yang sememangnya saya tanam. Sekarang dah botak kena makan hanya selepas 4 hari mereka dilepaskan di situ. Sekarang saya taburkan hijauan yang saya ambil dari sekitar rumah sebagai makanan tambahan mereka.
Ini pondok teduhan matahari yang saya dan makwe buat sendiri dari kayu pellet bata dan pelepah pinang raja yang sememangnya pelepahnya selalu digunting buang supaya tidak menghalang laluan kereta di halaman hadapan rumah. Selalunya saya bakar sahaja pelepah-pelapah ini, tapi sekarang saya anyam dan jadikan pondok teduhan arnab dewasa. Memang arnab cukup suka lepak dibawahnya.
Ini pula pondok teduhan hujan yang saya suruh Saiful buat dengan bahan-bahan yang sediada. Saya lapikkan bahagian bawah dengan kayu pellet bata supaya arnab tidak basah jika hujan turun dengan mengejut. Pondok ini ala-ala pondok Red Indian gitu. Saya mengambil ikhtibar dari kejadian hujan lebat yang mengejut tempoh hari hingga menyebabkan beberapa ekor arnab telah mati demam panas. Sekurang-kurangnya mereka punya tempat berlindung sementara jika hujan turun mengejut.

3 ulasan:

  1. wah best nyer.. kalau lah aq dok kat kampung atau taman, yang rumah tu aq sendiri pasti aq akan wat apaer sajer untuk pets kesayangan aq...

    BalasPadam
  2. Buat pondok kecil dalam rumah pun boleh. Untuk depa main-main. Kalau buat dari buluh lagi sempoi. Sekarang saya tgh cari buluh pulak. Betul tu, utk pets kita, apa pun sanggup hehe....

    BalasPadam
  3. saya pun cdg nya nk wat jugak tmpt teduhan dan rabbit garden bila dh pindah nnti..nice idea..leh la try jugak (^_^)

    BalasPadam