Khamis, Januari 14, 2010

Penangan Tinja dan Air Kencing Arnab sebagai Baja.

Ini saya sertakan gambar kacang kelisa @ botol yang berkhasiat untuk memperbanyakkan susu ibu arnab yang baru bersalin ataupun masih dalam masa belum ceraikan susu anaknya. Gambar ini ditujukan khas buat dj dan rakan-rakan penternak yang tidak mengenali kacang kelisa.

Saya memang ada menanam pelbagai sayuran sebelum saya mula menternak arnab lagi, kerana kami sekeluarga amat meminati ulam-ulaman seperti kacang kelisa, ulam raja, daun silom, beluntas, mulberry, kaduk, dan cekur. Kami juga ada menanam ubi kayu, keledek, kangkung, maman, anggur, belimbing buluh, belimbing besi, daun kesum, pandan, cermai, mata kucing, limau kasturi, limau purut, kunyit, serai, lengkuas, kantan, karipulai dan pelbagai lagi untuk kegunaan sendiri.
Anggur ini telah saya petik, kemudian baru saya teringat untuk merakam gambarnya.
Seronok bila dapat menuai hasil tanaman sendiri. Anggur yang telah lama saya tanam (hampir 7 tahun), akhirnya berbuah dan kami terkejut kerana anggur itu amat manis sekali. Alhamdullilah selepas saya menggunakan tinja dan air kencing arnab sebagai baja, tanaman di halaman rumah saya menjadi amat subur dan mula berbuah. Jadi, tinja dan air kencing arnab eloklah dimanfaatkan daripada dibiarkan dan dibazirkan begitu saja. Saya ada membuat baja kompos daripada tinja arnab ini dan telahpun ditempah oleh seorang penanam sayur. Harga tinja arnab boleh mencecah sehingga RM8/kg. Air kencingnya pula tidak pernah lagi saya jumpa atau terbaca harganya dimana-mana. Tapi nyata air kencingnya cukup bagus untuk tanaman dan rumput.

Dulu saya hanya membaca rencana yang mengatakan tinja arnab amat bagus sebagai baja, sekarang saya amat-amat yakin kerana telah terbukti sebegitu di halaman sendiri.

3 ulasan:

  1. Terima kasih puan atas maklumat yang diberikan. Memang ibu arnab saya suka makan kacang kelisa tu. Mula2 dia makan yang tepi2 tu dulu.. yang keras dia tinggalkan. Tapi bila lama2 saya tinggalkan kat situ.. saya tengok dah hilang dah batang yang keras tu.. dia makan ler kot agaknyer.. :).. terima kasih sekali lagi.

    BalasPadam
  2. tul ke orang kata tinja arnab ni racun dia macam kencing tikus? TAKUT GAK......

    BalasPadam