Jumaat, Januari 22, 2010

Arnab yang bertaring panjang.

Semalam saya ke kedai akuarium dengan Amir, anak sulung saya. Hajat di hati nak dapatkan pengganti Jack si Holland Lop jantan yang mati kerana cirit tempohari. Bila sampai di kedai hanya ada seekor arnab matang yang agak besar juga (lebih 2 kilo agak saya). Sangkarnya terletak di atas lantai dan kedai agak gelap sedikit. Amir kata cantik juga arnab ini dan nampak seperti Hotot. Boleh dijadikan penjantan katanya. Saya juga bersetuju dengan pandangannya. Jadi kami beli arnab ini, harganya hanya Rm35, selepas tawar menawar. Bila sampai rumah, ketika mengangkat keluar arnab ini, kami terkejut melihat dua gigi hadapannya yang bertaring panjang hingga mencecah hidungnya. Gusinya juga menjulur panjang. Aduh, lalainya kami tadi. Kenapalah tak kami belek elok-elok tadi. Gerun pulak tengok arnab ini. Nampak macam vampire pun ada. Anak-anak dan anak-anak kejiranan semua kecoh tengok arnab ini. "Nama apa arnab ini, mak Njang?" tanya mereka. "Errrr... Tok Wan", jawab saya spontan.
Saya mencari bahan perihal gigi arnab ini dalam internet. Ternyata ianya disebabkan kecacatan dari kecil atau kecacatan genetik. Ianya tidak boleh dijadikan pejantan atau induk. Anak-anaknya akan mempunyai masalah yang sama. Jadi saya telefon kedai dan tanya jika saya boleh pulangkan semula arnab ini. Kami semua gerun dan takut tengok arnab ini, kata saya. Kerana saya pelanggan tetap, bolehlah dipulangkan katanya. Jadi saya akan pulangkan esok bila stok arnab Holland Lop ada sampai ke kedai itu. Nasib baik dia terima semula, jika tidak kena sembelihlah arnab itu. Buat rendang. Tapi saya tanya suami, Marsuh dan Saiful, semua pun tak berani nak sembelih arnab. Alahai, masalah ini. Macamana nak ternak arnab pedaging, jika nak sembelih pun tak berani?... Huhu.

6 ulasan:

  1. Salam Puan Zamrud...

    Arnab ni mempunyai gigi bertaring dan panjang sedari lahir ke atau pun kesan pertumbuhan gigi semasa hayatnya? Ye la.. semua maklumkan.. arnab ni jika tidak mengunyah atau menggigit barang-barang / makanan-makanan yang pejal akan membuatkan gigi dia mengalami tumbesaran yang berterusan.. Ada yang mengambil inisiatif meletakkan sabut kelapa di dalam kandang dengan tujuan untuk arnab mengasah gigi supaya gigi dia tumpul dan kekal pendek..

    Kalau gigi taring tu tumbuh bukan dari lahir rasanya masih boleh dijadikan pejantan / induk dan anak-anak yang bakal lahir tak akan mewarisi sifat2 / rupabentuk mak atau bapa dia kan? Saya sekadar ingin tahu.. saya pun x ada pengalaman lagi berhadapan dengan arnab sebegini. :) Boleh puan terangkan dengan lebih terperinci lagi berkenaan faktor genetik yang bagaimana mempengaruhi anak2 yang bakal lahir..

    Terima kasih.

    BalasPadam
  2. Mungkin puan tengah buat research ye. x apa.. bila2 kalau dah tahu, kongsikan ye.

    BalasPadam
  3. gigi arnab tu panjang sbb penyakit. kena bwk pergi doktor haiwan utk potong gigi dia. arnab mcm ni x kan aktif dan x kan makan sbb x boleh mengunyah..

    BalasPadam
  4. tumpang tanya, arnab saya pon sama mcm ni, tp saya bawak dkt jabatan haiwan dia ckap jgan potong, nanti patah sendiri, aduh masaalah betul, saya tengok gigi arnab tu masih kuat sangat, kebarangkalian untuk patah tu memang xda langsung,macam mana ya?

    BalasPadam
  5. arnab saya lion head anggora mempunyai gigi panjang selepas beberapa bulan dibeli dan gignya patah sendiri..

    BalasPadam