Sabtu, Januari 09, 2010

Arnab yang "Toilet-Trained"

Saya dapat Stripe dari Trina dan Jason, warga Australia yang berkhidmat di TUDM, Butterworth. Stripe adalah arnab yang "toilet trained" atau tahu pergi ke sangkarnya untuk menunaikan hajat kecil dan besar. Saya dan keluarga sangat gembira menerima Stripe tinggal di dalam rumah kami. Dia persis seekor kucing yang manja dan pandai mendengar kata. Dia akan meluru datang bila kita memanggil namanya. Begitu juga bila kami mengarahkannya masuk ke dalam sangkar apabila malam. Tetapi buat masa ini Stripe hanya faham Bahasa Inggeris dan sedang belajar menerima arahan dalam Bahasa Melayu pula!

Apabila kami membeli Stephanie untuk dijadikan kawan Stripe, Stephanie tidak pandai seperti Stripe. Kami kena sabar dalam melatih Stephanie supaya "toilet trained" juga dan nyata dia sekarang terlatih seperti pakwenya. Tetapi sekali-sekala dia terlepas juga. Macam kanak-kanak juga. Tapi seperti juga menghadapi kerenah anak-anak, kita juga mesti sabar dengan kerenah arnab. Tetapi tidaklah serumit mana.

Kini kami amat gembira dengan Stripe dan Stephanie. Apabila pulang dari perjalanan jauh atau saya berada lama di luar, Stripe dan Stephanie akan berlari-lari riang mengelilingi saya.

Saya bercadang untuk melatih setiap arnab hiasan jualan saya supaya "toilet-trained" untuk menyenangkan bakal tuan punya arnab dari Arnab Zamrud. Sesiapa yang berminat, sila hubungi saya.

1 ulasan:

  1. salam, sy bermminat untuk menceburkn diri dalam bidang penternakan arnab,mgkin jatuh cinta dgn kecomeln nya dan teruja mempunyai thun lahir yg jatuh pada thun arnab..bagaimana puan latih arnb puan untuk jadi toiled trained?

    BalasPadam